Sila cari pautan muat turun terus versi perisian tegar A515FXXU3BTD4 untuk alat Samsung Galaxy A51, model SM-A515F di bawah.
OMN-A515FXXU3BTD4-20200525171720.zip
Perubahan:
Emoji AR - Emoji AR telah dikemas kini dengan peningkatan seperti ciri penyuntingan manual dan pengecaman ekspresi muka yang ditingkatkan. ※ Oleh sebab Emoji AR telah dikemas kini kepada versi baru, semua Emoji AR yang disimpan sebelum ini akan dipadamkan pada kali berikutnya anda membuka aplikasi Emoji AR. Galeri - Imej serupa kini dikumpulkan bersama untuk pengalaman pandangan yang lebih tersusun. - Ciri yang membenarkan anda untuk menggabungkan berbilang kumpulan album berbeza kepada satu kumpulan, atau menggabungkan kumpulan dan album berlainan ke dalam satu kumpulan telah ditambahkan. - Ciri carian yang ditingkatkan telah ditambahkan untuk mencari gambar berdasarkan maklumat seperti masa atau tempat gambar di ambil. - Fungsi Pangkas pantas telah ditambahkan untuk membesarkan dan memangkas sebahagian Imej peleraian tinggi. Ppn kkunci Samsung - Ciri terjemahan berbilang bahasa telah ditambahkan. - Ciri untuk mencari Pelbagai item, seperti Emoji dan pelekat, pada masa yang sama telah ditambahkan. - Ciri buat asal/buat semula teks telah ditambahkan. (Sapu dua jari ke kiri atau ke kanan pada papan kekunci.) - Ikon untuk membuka Samsung Pass telah ditambahkan. Kongsi Cepat - Fail kini boleh dikongsi secara cepat dan mudah dengan peranti Samsung berdekatan menggunakan Kongsi Cepat. Music Share - Music Share kini membenarkan anda berkongsi muzik dengan rakan anda menggunakan peranti audio Bluetooth.