Sila cari pautan muat turun terus versi perisian tegar A515FXXU4CTJ1 untuk alat Samsung Galaxy A51, model SM-A515F di bawah.
AVF-A515FXXU4CTJ1-20201106100120.zip
Perubahan:
Wi-Fi - Jika maklumat kualiti untuk penghala Wi-Fi berdekatan boleh diukur, maklumat ini akan dipaparkan sebagai Sangat Pantas, Pantas, Biasa, atau Perlahan. * Ciri ini boleh dihidupkan atau dimatikan dalam aturan "Tunjuk maklumat kualiti rangkaian". - Apabila mencuba untuk mencapai penghala Wi-Fi dengan kata laluan, ciri yang baru ditambahkan membolehkan pengguna meminta kata laluan penghala Wi-Fi dari seseorang berdekatan yang disimpan dalam senarai kenalan mereka dan telah disambungkan ke penghala tersebut. * Butang “Minta Kata Laluan” akan muncul pada skrin input kata laluan Wi-Fi apabila anda dapat meminta kata laluan. Always On Display - Pelekat Bitmoji disokong pada Always on Display. (Gaya jam) Ppn kkunci Samsung - Papan kekunci pisah disokong pada mod Landskap. - Fungsi carian untuk skrin “Urus Bahasa Input” di halaman Aturan Papan Kekunci telah baru dikemas kini untuk membuatkan ia mudah untuk mencari bahasa input papan kekunci yang pengguna ingin tambah atau padamkan. Mesej - Satu ciri telah ditambah bagi membolehkan pengguna memanggil seseorang yang telah disimpan sebagai kenalan mesej SOS yang telah dikonfigurasikan sebelumnya. - Satu ciri telah ditambahkan bagi membolehkan pengguna menghantar mesej berkongsi lokasi SOS setiap 30 minit untuk tempoh 24 jam. Kamera - Meningkatkan kualiti dan kestabilan kamera. Keselamatan peranti anda telah dipertingkatkan.